(Viral) Wanita Ini Jadi Perhatian Kerana Tak Makan Nasi 7 Tahun, Bersenam Setiap Hari Sejak Umur 15

Seorang wanita, Fatah Tun Kamaruddin menjadi perhatian netizen apabila wanita berkenaan dalam kenyataannya menerusi Utusan Malaysia mengakui bahawa dia sudah 7 tahun tidak mengambil nasi sebagai makanan rujinya.

Menurut Farah, dia sentiasa menjaga kecantikkannya dengan makan makanan yang sihat, berkhasiat dan mengamalkan senaman dalam aktiviti harian. Selain nasi, Farah turut mengakui bahawa dia juga tidak menjamah makanan lain seperti kuih muih. Malah gadis manis ini turut bersenam setiap hari di gim berhampiran rumahnya sejak umur 15 tahun lagi.

“Saya tidak mengambil minuman dan kuih-muih manis mahupun coklat. Sehinggakan, sekarang saya hampir lupa macam mana rasa coklat dan nasi.”

Gambarnya yang viral mengundang rasa terkejut netizen apabila ada yang tidak percaya dengan amalan pemakanannya. Selain itu, ada juga yang mempertikaikan bentuk badannya yang terlalu kurus.