(VIDEO) “Kami Tengah Cari Budak Ini,” Remaja 16 Tahun Pakai Spender Biru Dipercayai Pukul Ibu Sendiri Tersebar

Seorang lelaki melalui laman Facebooknya sebentar tadi telah memuatnaik sebuah video di mana meminta orang ramai supaya menyebarkan video berkenaan dan mencari seorang budak lelaki seperti di dalam video.

Menurut kepsyen yang dimuatnaik bersama video oleh pengguna Facebook bernama Jejaka Sereng itu, remaja lelaki yang baru berumur 16 tahun itu dicari kerana telah memukul seorang wanita dipercayai ibunya sendiri kira-kira jam 9 pagi tadi.

Berdasarkan percakapan dalam video, remaja barbaju sekolah dengan seluarnya terlondeh itu bertindak memukul ibunya kerana dipercayai kerana tidak memberinya duit.

“Sakitlah Abang Long, Ya Allah, sakitlah,” kata beliau sambil menahan kesakitan sambil dipukul remaja berkenaan.