Tidaklah Terlalu Seksi!! Pelakon Nadia Brian Jawab Video S3ks! Percutian Di Pantai!

Nadia Brian ada memuat naik beberapa keping gambar dan video menunjukkan dia sedang bercuti di salah sebuah pulau di Pantai Timur.

Nadia yang tampil dengan gaya manja sambil mengenakan pakaian renang dalam video Instagramnya mendapat perhatian netizen apabila ada individu yang kurang senang dengan pemakaiannya. Bahkan ada yang salah faham sehingga mendakwa pelakon berusia 26 tahun ini bercuti dengan seorang lelaki!

Nadia atau nama sebenarnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi melalui mStar menjelaskan bahawa dia bercuti bersama ibunya di Pulau Perhentian beberapa hari yang lalu.

“Terkejut juga tiba-tiba followers di Instagram bertambah dan bila baca komen ada yang kata pakaian saya seksi. Bagi saya, ia tidaklah terlalu seksi dan gambar itu diambil ketika saya sedang bersantai di kawasan pantai.

Saya bercuti berdua dengan ibu dan video itu dirakam oleh ibu. Saya bukan bercuti dengan mana-mana lelaki seperti yang didakwa oleh netizen,”

Nadia yang mula dikenali sejak membintangi drama Akulah Balqis bersama Nabilah Huda turut meminta maaf jika ada pihak yang tidak senang dengan penampilan dirinya.

“Malaslah nak ambil tahu benda-benda begini, yang penting saya buat hal sendiri dan tak kacau orang.

Sejujurnya, saya tak tertekan tentang isu ini cumanya kalau boleh jangan terlalu mudah melabelkan saya dengan tanggapan yang tidak baik. Kalau ada yang kurang selesa dengan tingkah laku saya, saya mohon maaf,” katanya.

Terbaru Nadia akan muncul dalam drama terbaru Dekatkan Jarak Kita di saluran TV3 dan bakal memulakan penggambaran drama Dendam Aurora.