TERKINI Yusuf Azmi Ditahan Kerana Komen Isu Pusat Perjudian Viral Baru-Baru Ini, PPIM Pernah Dedah Polis ‘Payung’ Pusat Judi!

Kecoh apabila ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusuf Azmi telah ditahan pihak polis berikutan komennya dalam salah satu isu perjudian.

Terdahulu Yusuf dan Ustaz Abdul Halim ada membongkarkan aktiviti pihak berkuasa yang dikatakan menjadi ‘payung’ kepada pusat judi terutamanya di Johor.

Baru-baru ini tujuh anggota polis telah ditukar dan dikenakan tindakan tata tertib apabila sebuah video pendek tular di laman sosial. Video berdurasi 9 saat itu menunjukkan beberapa individu yang merupakan anggota polis sedang berhibur di salah sebuah pusat hiburan berdekatan Pusat Perniagaan Bakri, Muar Johor.

Kelmarin sebuah video berdurasi 50 saat tular apabila ada pihak melaporkan Yusuf Azmi telah ditahan oleh pihak polis berhubung siasatan mengenai kes perjudian berkenaan.

Menurut video itu lagi, lelaki berkenaan akan disiasat di bawah Akta Hasutan. Bahkan lelaki itu turut dilaporkan telah ditahan di Balai Polis Dang Wangi untuk diambil kenyataan.

Rata-rata netizen memberikan komen kritikan kerana menangkap orang yang menegakkan kebenaran.