RM700,000 Selenggara Jalan Kebun Penduduk Di Parlimen Pensiangan – Kurup

Kerajaan juga memberi insentif sebanyak RM3,000 sehektar kepada pekebun kecil yang layak bagi pembelian input pertanian untuk melaksanakan integrasi tanaman di kawasan ladang sawit.

Mengenai penubuhan KPSM di Kampung Delayan Sook, Kurup berkata ia bertujuan menggalakkan penyertaan pekebun kecil dalam gerakan koperasi selain menyatukan pekebun dalam mempraktikkan amalan pertanian baik serta menjual hasil secara berkelompok.

Sebanyak 41 KPSM ditubuhkan di seluruh negara dengan 11 daripadanya di Sabah.