Pelik! Wanita Ini Sanggup Habiskan Ratusan Ribu Ringgit Semata-Mata Kerana Mahu Hitamkan Kulitnya

Kebiasaannya orang berlumba-lumba mahu cerahkan atau putihkan kulit atau paling tidak pun mahukan kulit yang tanned tapi jarang sekali atau tidak pernah lagi kita dengar ada yang mahu hitamkan kulit.

Wanita yang berusia 28 tahun yang dikenali sebagai Martina Big ini, sanggup menghabiskan ratusan ribu ringgit untuk menggelapkan kulitnya yang dilahirkan cerah.

Beliau juga sebelum ini pernah menjalankan pembedahan membesarkan payudara dan beberapa pembedahan lain bagi mendapatkan bentuk badan seperti Pamela Anderson.

Namun, beliau masih lagi belum berpuas hati dan akhirnya bertindak berjumpa pakar untuk suntikan melanin bagi menggelapkan kulitnya. Namun, beliau masih lagi belum berpuas hati dan akhirnya bertindak berjumpa pakar untuk suntikan melanin bagi menggelapkan kulitnya.

Beliau yang kini memiliki payudara saiz 32S juga dikatakan ketagih dengan mesin ‘sunbed’ untuk menjemur badannya bagi mendapatkan warna kulit seperti yang diidamkan.

“Saya gembira kerana mesin itu berhasil dan kini saya telah menjadi wanita kulit hitam. Itulah sebabnya saya akan ke Afrika pada bulan Januari tahun depan untuk mempelajari kebudayaan di sana,’’ katanya kepada pengacara dalam rancangan Good Morning.

Martina yang berasal dari Jerman juga menganggap dirinya sebagai wanita kulit hitam dan bercadang untuk merubah hidungnya agar kelihatan betul-betul seperti orang Afrika selain mahu mempelajari kebudayaan orang berkulit hitam di Afrika. Beliau juga turut menafikan yang perbuatannya tersebut sebagai menghina orang kulit hitam, namun sebaliknya apa yang dilakukan itu hanyalah untuk kepuasan dirinya.