Lelaki ‘Bersenjatakan Kertas’ Rompak RM600,000 Akhirnya Kena Cekup

Suspek yang berusia lingkungan 30-an diberkas pihak berkuasa di rumahnya dekat Batu Berendam, Melaka pada pukul 7 malam kelmarin.

Terdahulu, suspek yang ‘hanya bersenjatakan sekeping kertas’ dan menyamar sebagai seorang penyelenggara alat pemadam kebakaran sebelum berjaya menceroboh masuk dalam bilik kebal bank tersebut dan melarikan wang tunai RM600,000 .

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid yang mengesahkan penangkapan itu berkata, suspek akan ditahan reman bagi membantu siasatan lanjut.