Kambing Berwajah Pelik dan Aneh Tarik Perhatian Ramai dan Viral Di Media Sosial

Dalam dunia ini memang banyak perkara pelik yang berlaku. Ada yang menyatakan kita sudah berada di hujung kehidupan dan di akhir zamana,maka tidak hairanlah banyak hal yang berlaku hari ini telah melangkaui akal logik manusia. Namun begitu itulah kebesaran yang di tunjukkan oleh Allah swt kepada semua yang lain bahawa Dia mampu untuk mencipta apa sahaja di muka bumi ini.

Terkini,seekor anak kambing yang mempunyai fizikal normal namun berwajah aneh telah viral besar di laman sosial .Anak kambing itu di katakan di lahir di bumi San Luis, Argentina. Pemilik anak kambing itu menyedari ada satu kelainan pada anak kambingnya yang satu ini kerana wajahnya mempunyai mata yang besar dan pelik serta telinganya pula panjang tidak sama dengan kambing yang lain.

Dalam satu rakaman video, ank kambing aneh itu juga di bandingkan rupanya dengan anak kambing normal yang lain. Ternyata rupa anak kambing itu memang jauh berbeza. Ada yang menamakan kambing ini dengan nama Devil kerana rupanya yang garang dan menakutkan.