Gara-Gara Buat Pembedahan Plastik, Gadis Ini Ditahan Di Lapangan Terbang

Negara Korea dan Thailand sangat terkenal dengan keupayaan doktor melakukan pembedahan plastik. Ini membuatkan ramai dari negara tempatan dan jiran berminat untuk kesana semata-mata untuk melakukan pembedahan wajah. Tak kisahlah habis ratusan ribu ringgit semata-mata nak cantik.

Tapi janganlah buat pembedahan satu muka sampai kena tahan di airport! Mana taknya muka asal di dalam pasport dah lain, mestilah mencurigakan. Betul tak? Seperti kisah yang berlaku kepada 3 orang gadis dari China ini, mereka terkandas gara-gara wajah berbeza dari pasport!

Mereka bertiga yang berasal dari China kelihatan sedang menunggu penerbangan sambil memegang pasport masing-masing dengan wajah berbalut dan bengkak akibat pembedahan plastik.

Gambar itu tular di laman sosial dan mendapat pelbagai respon dari warga laman sosial yang terkejut melihat wajah mereka.

Dengan wajah yang bengkak tu, ibu sendiri pun tak akan kenal anda,” ujar salah seorang warga laman sosial.

Gambar dan kisah luar biasa ini menjadi viral sehingga mendapat lebih 51k likes dan 23k shares!

Mereka sudah menyediakan segala dokumen dan tiket, namun terkandas di lapangan terbang kerana wajah yang bengkak dan berbalut itu tidak sama dengan wajah di dalam pasport. Sehingga sekarang tidak dapat dipastikan sama ada mereka sudah boleh balik ke negara asal atau pun tak.

Adui nak tergelak pun, biasanya di Malaysia orang terkandas disebabkan sangkut PTPTN atau tertinggal kapal terbang.