Boy Iman Ditahan Polis Berkaitan Penjualan Rumah Murah

Semalam ( 2.9.2017 ) Pihak PDRM telah menahan Pengarah Urusan DBI Properties Datuk Nuruliman A Rahman atau dikenali Boy Iman bersama dua lagi suspek utama di Ampang dan Setapak bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta. Kes ini mula menjadi viral apabila pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM ) turut campur tangan setelah menerima banyak aduan dari mangsa.

Selain Boy Iman dua lagi yang ditahan adalah pemilik syarikat Juta Kelulut Global Resources masing-masing berusia 29 dan 45 tahun yang juga suspek utama kes ini.

Pihak polis membuat pemeriksaan di pejabat suspek di Wisma DBI, Ampang dan merampas Nissan Fairlady, BMW E92, tiga telefon pintar, sijil doktor falsafah dari Samaritan Mission International University dan pelbagai dokumen syarikat DBI Properties.

Sebelum itu pihak PDRM telah menerima 188 laporan polis berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan Syarikat DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources.

Menurut kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani,

Berdasarkan siasatan yang dijalankan, didapati syarikat ini menawarkan rumah kepada pembeli dengan harga yang jauh lebih murah daripada pasaran iaitu sekitar RM60,000 untuk sebuah rumah banglo berkeluasan 1,650 kaki persegi. Bagaimanapun, selepas bayaran dilunaskan pembinaan rumah berkenaan tidak dijalankan.